More

    Apple Watch bantu wanita kesan kehamilannya sebelum ujian klinikal

    Apple Watch banyak membantu daripada segi menyelamatkan nyawa pengguna buat beberapa kali. Kini, laporan terbaru menjelaskan bagaimana jam tangan pintar itu membantu seorang wanita tahu kehamilannya walaupun sebelum ujian klinikal.

    Kisah ini dikongsi oleh seorang wanita berusia 34 tahun menceritakan kisahnya di Reddit. Produk tersebut memberi amaran kepadanya tentang peningkatan kadar denyutan jantung dalam tempoh 15 hari yang lalu. Mesej amaran itu menyatakan bahawa kadar denyutan jantung yang sedang berehat adalah kira-kira 57, namun ia meningkat kepada 72 dalam beberapa minggu yang lalu. 

    Kadar denyutan jantung ini tidak membimbangkan pengguna tersebut malah dia mula mencari sebab di sebalik perubahan ketara ini. Pada mulanya, dia menyangka ia disebabkan oleh COVID-19 tetapi ujian menunjukkan keputusan negatif. 

    Berikutan itu, dia juga menemui artikel dalam talian yang menyatakan bahawa degupan jantung wanita biasanya meningkat pada trimester pertama kehamilan. Oleh itu, dia menjalani ujian kehamilan dan keputusan adalah positif. Wanita itu pergi ke klinik untuk mendapatkan pengesahan dan doktor mengatakan dia hamil empat minggu.

    Ini agak mengejutkan kerana wanita itu tidak mengalami sebarang gejala kehamilan di peringkat awal. Apple Watch berjaya mengesan bahawa kadar denyutan jantungnya meningkat disebabkan oleh kehadiran satu lagi nyawa dalam badannya. 

    Dengan penemuan itu, dia menggesa pengguna Apple Watch untuk memberi perhatian kepada pemberitahuan kadar jantung. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured