More

    Apple Watch generasi baharu dikatakan akan membawa fungsi kamera

    Apple merancang untuk melancarkan beberapa model Apple Watch baharu dengan kamera terbina dalam menjelang 2027, menurut Mark Gurman dari Bloomberg. Dalam buletin Power On, Gurman mendedahkan bahawa Apple bercadang untuk menambah kamera pada skrin Apple Watch Series akan datang manakala Apple Watch Ultra mungkin akan mempunyai kamera di sebelah kanan berhampiran Digital Crown.

    Namun, kamera ini tidak direka untuk FaceTime, sebaliknya ia akan menyokong ciri Visual Intelligence yang membolehkan pengguna mendapatkan maklumat segera tentang persekitaran mereka seperti ulasan restoran hanya dengan mengarahkannya ke lokasi tersebut. Ciri ini pertama kali diperkenalkan pada iPhone 16 dan kini tersedia pada iPhone 15 Pro melalui iOS 18.4.

    Selain itu, Apple juga merancang untuk memasang kamera kecil pada model AirPods masa depan. Kamera ini akan menambah lebih banyak keupayaan AI pada kedua-dua peranti, untuk membolehkan Apple bersaing dengan lebih baik dalam pasaran peranti boleh pakai berasaskan AI. Dengan inovasi ini, Apple berharap untuk menjadikan Apple Watch dan AirPods lebih pintar serta mampu memberikan pengalaman pengguna yang lebih canggih.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MacRumors

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured