More

    Apple Watch Pride Collection dilancar di Malaysia: Dilengkapi tali jam berwarna pelangi bermula RM199

    Apple Malaysia telah melancarkan siri aksesori terbaru untuk jam tangan pintar Apple Watch iaitu Apple Watch Pride Collection. Siri ini ditawarkan untuk model Apple Watch Series 8 dan Apple Watch SE, serta menawarkan warna yang bertemakan pelangi.

    Jam tangan Apple Watch Series 8 edisi khas ini masih dijual pada harga yang sama dengan edisi asal 41mm iaitu RM1,899 (model GPS sahaja) dan RM2,299 (model GPS + selular). Untuk saiz 45mm, harganya ialah RM1,999 (model GPS sahaja) dan RM2,399 (model GPS + selular).

    Anda juga boleh membeli tali jam sahaja yang ditawarkan dalam tiga rekaan dan dijual pada harga RM199 seutas untuk semua saiz dan panjang.

    Senarai harga untuk Apple Watch Series 8 Pride Collection
    Senarai harga untuk Apple Watch SE Pride Collection
    Harga untuk tali jam Apple Watch Pride Collection

    Untuk model Apple Watch SE pula, model 40mm akan dijual pada harga RM1,199 (GPS sahaja) dan RM1,399 (GPS + selular). Model 44mm akan dijual pada harga RM1,299 (GPS sahaja) dan RM1,499 (GPS + selular).

    Layari laman web Apple Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai produk ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...