More

    Apple Watch selamatkan pengguna daripada maut akibat tekanan darah tinggi

    Seorang pengguna jam tangan pintar Apple Watch di Amerika Syarikat (AS) berterima kasih kepada peranti tersebut kerana telah menyelamatkan nyawanya daripada tekanan darah tinggi yang boleh membawa maut. Zachary Zies yang berumur 25 tahun telah mengalami penyakit Fredreich’s ataxia sepanjang hidupnya dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

    Apple Watch kepunyaan Zachary telah memaklumkan beliau bahawa degupan jantungnya adalah sangat tinggi iaitu 210 degupan seminit, lebih tinggi berbanding kadar biasa 60-100 degupan seminit. Apabila diperiksa oleh doktor, Zies mempunyai gangguan pada bahagian atas jantungnya (atrial flutter) dan perlu menjalani pembedahan atrial ablation untuk memulihkan degupan jantung.

    Apple Watch boleh memberi notifikasi Degupan Jantung Tinggi (High Heart Rate) apabila ia mengesannya dalam badan pengguna. Selain itu, Apple Watch juga boleh mengukur tahap oksigen dalam darah, menjejak corak tidur dan menyediakan rutin senaman.

    Beritahu kami di Facebook jika anda adalah pemakai Apple Watch dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: NBC

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured