More

    Apple Watch Series 10 dilancar di Malaysia: Skrin besar, rekaan nipis bermula RM1,799

    Apple pada hari ini memperkenalkan siri jam tangan pintar Apple Watch Series 10 yang menawarkan beberapa pembaharuan utama, terutamanya daripada segi saiz dan rekaan.

    Apple Watch Series 10 merupakan jam tangan paling besar dan paling nipis dalam siri Apple Watch, dengan saiz skrin yang lebih besar sebanyak 30% berbanding Apple Watch Series 6 dan ketebalan 9.7mm sahaja, 10% lebih nipis berbanding Series 9. Skrin ini juga lebih cerah dan cekap tenaga sebanyak 40% berbanding generasi sebelumnya.

    Jam ini menampilkan cip S10 SiP dengan pemproses dwi-teras 64-bit dan Neural Engine empat teras untuk pemprosesan pembelajaran mesin yang lebih pantas. Untuk storan, ia mempunyai kapasiti 64GB.

    Perbandingan saiz dengan Series 6
    Pilihan warna Series 10

    Antara fungsi baharu yang diperkenalkan termasuklah pengesan apnea tidur, pembesar suara yang boleh memainkan muzik dan podcast, kadar pengecasan paling pantas dalam Apple Watch serta Apple Inteligence yang boleh menterjemah pelbagai bahasa.

    Untuk kegunaan sukan pula, ia kini boleh bertahan dalam paras kedalaman air sehingga 50 meter dan menyokong pelbagai sukan air seperti snorkeling, menyelam, meluncur, memancing dan mendayung.

    Jam tangan ini akan ditawarkan dalam warna tali jam Jet Black, Rose Gold dan Silver untuk badan Aluminium, serta tali jam Slate, Gold dan Natural untuk badan Titanium. Ia akan dijual dalam pasaran Malaysia pada harga bermula RM1,799, pra-tempahan untuknya sudah dibuka hari ini manakala penjualan rasmi akan bermula pada 20 September 2024.

    Layari laman web Apple Malaysia untuk maklumat lanjut mengenainya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured