More

    Apple Watch Series 11 dan Watch SE 3 dilancar, bermula RM1,049

    Selain melancarkan siri iPhone 17 pada hari ini, Apple turut menyegarkan semula siri jam tangan pintarnya dengan melancarkan Apple Watch Series 11 dan Apple Watch SE 3. Setiap model jam tangan ini menawarkan integrasi kesihatan yang lebih mendalam, hubungan lebih pintar dan rekaan lebih lestari.

    Apple Watch Series 11

    Jam tangan Series 11 meneruskan lagi legasi Apple Watch sebagai jam tangan pintar yang mengetengahkan fungsi kesihatan dan rekaan kemas. Ia memperkenalkan pengesan tekanan darah tinggi (hypertension) yang dikuasakan oleh pembelajaran mesin (machine learning), di samping pemberitahuan untuk degupan jantung abnormal dan fungsi elektrokardiogram (ECG) untuk pemantauan jantung.

    Selain itu, ia turut mengukur kualiti tidur dengan menghasilkan Sleep Score bagi memudahkan anda menilai kualiti rehat dan lakukan aktiviti selanjutnya untuk meningkatkan kualiti rehat dan amalkan gaya hidup lebih sihat.

    Ia mempunyai skrin Liquid Glass Flow yang lebih terang dan tahan calar berbanding generasi sebelumnya, manakala pengecasan pantas dan baterinya boleh memastikan penggunaan sehingga 24 jam.

    Fungsi-fungsi baharu seperti Smart Stack, kawalan gerakan tangan (gesture controls) dan penterjemahan langsung Live Translation menawarkan penggunaan yang lebih mesra pengguna, manakala aluminium Space Gray membuatkannya nampak lebih moden. Ia dibina sepenuhnya dengan bahan kitar semula dan dikuasakan oleh cip S11 untuk prestasi lebih pantas dan memberikan data kesihatan lebih tepat.

    Apple Watch Series 11 akan dijual pada harga bermula RM1,799 untuk varian aluminium atau RM3,299 untuk varian titanium.

    Apple Watch SE 3

    Watch SE 3 membawa fungsi-fungsi premium terhadap jam tangan mampu milik oleh Apple ini. Ia kini disertakan dengan skrin Retina sentiasa hidup (always-on display) dan dikuasakan oleh cip S10, menawarkan prestasi lebih lancar dan pantas berbanding Watch SE 2.

    Pengecasan pantas membenarkan penggunaan selama lapan jam dengan pengecasan selama 15 minit sahaja. Ciri-ciri baharu termasuklah penjejakan markah tidur, kitaran haid dan pemberitahuan apnea tidur.

    "
    "

    Kawalan gerakan tangan (gesture controls), Siri dan Live Translation meningkatkan tahap penggunaan, manakala badan yang dibuat daripada aluminium dikitar semula adalah lebih tahan retak sebanyak empat kali ganda. Dengan hubungan 5G dan sokongan Workout Buddy, SE 3 adalah pilihan yang lebih mampu milik namun masih dilengkapi fungsi kesihatan lengkap.

    Apple Watch SE 3 akan dijual pada harga RM1,049 untuk varian 40mm atau RM1,199 untuk varian 44mm.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured