More

    Apple Watch Series 9 mungkin tampilkan cip A15 tahun ini

    Apple Watch Series 9 yang mungkin dilancarkan bersama siri iPhone 16 dikhabarkan akan menyertakan cip A15 yang pertama kali digunakan dalam model iPhone 13. 

    Apple Watch Series 8 menggunakan cip S6 yang sama pada siri 7 dengan beberapa peningkatan ciri. Gurman mengatakan bahawa cip untuk siri 9 akan menggunakan “pemproses baharu” dan bukannya penjenamaan semula daripada cip terdahulu. Apabila ditanya sama ada cip tersebut akan menggunakan cip A15, dia berkata bahawa perkara itu boleh berlaku.

    Dengan cip A15, ‌Apple Watch Series 9‌ akan membawa peningkatan kelajuan dan kecekapan dan hayat bateri yang lebih baik. Cip baharu itu boleh membantu menggerakkan beberapa ciri di mana Apple merancang untuk memperkenalkan pada watchOS 10. Sehingga kini, Apple sedang berusaha untuk membaik pulih antara muka watchOS dalam watchOS 10 dengan tumpuan khusus pada sistem widget baharu.

    Walaupun kami menjangkakan beberapa perubahan ketara pada watchOS tahun ini, reka bentuknya mungkin sama seperti Watch Series 8. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber:  Macrumors

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...