More

    Apple Watch Ultra 2 diumum dengan Black Titanium, watchOS 11 dan skrin 3000 nits bermula RM3,799

    Apple telah menyegarkan barisan Apple Watch Ultra 2 dengan pilihan warna titanium hitam baharu dan ciri pengesanan apnea tidur. Ini adalah kali pertama Apple menawarkan Watch Ultra lebih daripada satu warna sejak ia dilancarkan dua tahun lalu.

    Apple Watch Ultra 2 dibina untuk mengendalikan persekitaran yang sukar dengan ketahanan gred tentera (MIL-STD 810H) dan kalis air sehingga 100 meter (WR100). Ia juga boleh digunakan ketika menyelam sehingga 40 meter.

    Ia hadir dengan mahkota berputar dan butang tindakan untuk kawalan mudah serta gerak isyarat tangan baharu membolehkan pengguna melakukan tugas seperti menjawab panggilan atau menjeda pemasa tanpa menyentuh skrin.

    Paparan Retina Sentiasa Hidup mencapai sehingga 3,000 nits kecerahan memastikan penglihatan yang jelas walaupun dalam cahaya matahari yang terang. Tiga mikrofon terbina dalam meningkatkan kualiti panggilan manakala pembelajaran mesin membantu mengurangkan bunyi latar.

    Apple Watch Ultra 2 dilengkapi dengan ciri penjejakan kesihatan seperti pemantau kadar jantung, penderia ECG dan penjejak SpO2. Ia boleh membantu mengesan fibrilasi atrium yang boleh menjadi kritikal untuk kesihatan jantung. Bagi wanita, jam tangan ini menawarkan penjejak kitaran haid yang menggunakan penderia suhu untuk ramalan yang lebih tepat.

    Terdapat pembesar suara dengan kelantangan sehingga 86 dB untuk ciri kecemasan seperti pengesanan kemalangan. Dikuasakan oleh cipset S9 baharu, Apple Watch Ultra 2 memberikan prestasi dan kecekapan yang lebih baik. Ia juga menampilkan cip jalur ultra lebar generasi kedua untuk penjejakan lokasi yang lebih baik dan fungsi Find Me.

    Baterinya boleh bertahan sehingga 36 jam dengan sekali cas dan sehingga 72 jam dalam mod kuasa rendah. Kepada yang berminat, anda boleh menempah Watch Ultra 2 daripada laman rasmi Apple di sini. Peranti ini akan tersedia mulai 20 September dan harganya bermula pada RM3,799.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Apple Watch Ultra 2 terbaharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured