More

    Apple Watch Ultra 3 turut dilancar: Skrin 3,000 nits, 5G dan bateri 72 jam bermula RM3,699

    Selain siri iPhone 17 terbaharu, Apple turut memperkenalkan Apple Watch Ultra 3 iaitu jam tangan pintar generasi baharu yang ditujukan untuk pengguna aktif, atlet, pengembara serta penyelam rekreasi. Model ini hadir dengan reka bentuk lebih tahan lasak, paparan lebih terang dan ciri baharu yang memfokuskan kesihatan, keselamatan serta prestasi sukan.

    Antara peningkatan utama ialah paparan Retina Always-On seluas 49mm yang kini mencapai tahap kecerahan sehingga 3,000 nits. Ultra 3 menggunakan cip S10 baharu dengan sambungan mudah alih terbina dalam dan menyokong rangkaian moden seperti 5G. Bateri pula mampu bertahan sehingga 42 jam penggunaan biasa dan boleh mencecah 72 jam dalam mod kuasa rendah.

    Ia juga menyokong pengecasan pantas dengan pengecasan selama 15 minit boleh memberi penggunaan sehingga 12 jam. Apple menambah baik fungsi seperti Sleep Score, aplikasi Vitals, notifikasi kadar jantung tidak normal dan sokongan ECG. Ciri keselamatan ditingkatkan dengan Fall Detection, Crash Detection dan Emergency SOS dengan syarat jam ini disambungkan kepada rangkaian selular atau Wi-Fi Calling.

    Bagi peminat aktiviti lasak, Ultra 3 mengekalkan GPS frekuensi berganda, fungsi Backtrack, peta luar talian serta sokongan Oceanic+ dive computer untuk selaman rekreasi sehingga 40 meter. Badannya menggunakan titanium tahan lasak dengan skrin kristal nilam disahkan dengan ketahanan air WR100 dan rintangan habuk IP6X.

    Apple juga memperkenalkan pilihan warna baharu untuk tali jam serta dua kemasan titanium iaitu natural dan black titanium. Ultra 3 dibina dengan bahan kitar semula termasuk titanium kitar semula. Di Malaysia, Apple Watch Ultra 3 dijual pada harga bermula RM3,699 manakala varian dengan Titanium Milanese Loop ditawarkan pada RM4,199.

    Namun, tempahan dan ketersediaan masih belum diumumkan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured