More

    Apple watchOS 10 hadir dengan sokongan widget, Smart Stack dan muka jam baharu

    Apple sedang menambah baik watchOS secara asas dan tiada lagi menu seperti sarang lebah serta tumpuan pada muka jam individu. WatchOS 10 dilancar untuk pembangun hari ini dan akan hadir dalam versi beta awam sebulan dari sekarang untuk dicuba oleh semua orang.

    Smart Stack hadir pada watchOS 10 yang memberikan maklumat yang boleh dilihat dan bergerak dengan menggunakan Digital Crown. Apple juga membuat perubahan pada kawalan fizikal iaitu dengan tekan pada butang sisi akan membuka Pusat Kawalan dan tekan dua kali pada Digital Crown membawa anda kembali pada aplikasi semasa.

    Selain itu, terdapat beberapa penambahan muka jam tangan baharu. Dengan watchOS 10, pengguna akan mendapat peta luar talian. Pengguna dapat melihat laluan tepat termasuk maklumat seperti jenis, panjang dan juga kesukaran laluan tersebuat. Watch Ultra pula hadir dengan peta 3D titik laluan.

    Watch Ultra akan secara automatik membuat titik laluan ke tempat terakhir di mana anda mempunyai rangkaian sebelum hilang jejak. Apple juga menambah ciri berbasikal baharu dalam watchOS 10 dengan paparan senaman baharu termasuk kelajuan, ketinggian, kadar denyutan jantung, tempoh dan jarak.

    Ciri Vision pada aplikasi Kesihatan akan mengukur berapa banyak masa yang anda luangkan pada siang hari dengan menggunakan penderia cahaya ambien. Ia juga akan menjejaki jarak anda melihat skrin telefon anda dengan menggunakan kamera kedalaman iPhone atau iPad.

    Jika anda memegangnya lebih dekat daripada 30cm untuk tempoh masa yang panjang, jam tangan akan menghantar pemberitahuan kepada anda. Akhir sekali, kesihatan Mental ialah tambahan baharu pada aplikasi Mindfulness di mana pengguna dapat merekodkan perasaan menggunakan Digital Crown untuk memilih emosi yang diwakili sebagai bentuk abstrak.

    Terdapat juga kuiz piawai untuk menilai risiko kebimbangan dan kemurungan anda.Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...