More

    Apple yakin iPhone akan pupus dalam masa 10 tahun lagi

    Apple kini membayangkan bahawa era iPhone bakal berakhir dalam tempoh kurang daripada 10 tahun. Kenyataan ini datang daripada Eddy Cue, Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Apple yang menyatakan bahawa kemajuan pesat dalam kecerdasan buatan (AI) mungkin akan menggantikan peranan telefon pintar sepenuhnya.

    Menurut laporan oleh BGR, Cue menyamakan kemungkinan kejatuhan iPhone dengan bagaimana Apple pernah menghentikan iPod yang merupakan satu langkah berani demi memberi ruang kepada teknologi baharu.

    Beliau percaya bahawa peranti masa depan termasuk cermin mata pintar atau peranti boleh pakai dengan AI terbina mampu memberikan pengalaman lebih intuitif dan peribadi berbanding iPhone. Apple juga dilaporkan sedang menguji integrasi teknologi AI dalam pelayar Safari yang dijangka menjadi satu daripada langkah awal ke arah masa depan tanpa iPhone.

    Namun, penganalisis menjangkakan peralihan ini tidak akan berlaku secara drastik. iPhone masih kekal sebagai produk teras Apple buat masa ini tetapi kenyataan ini menunjukkan bahawa Apple sedang aktif merancang masa depan yang lebih berani dan bebas skrin.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BGR

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured