More

    Arm bakal lancarkan cip pelayan pertama akhir tahun ini

    Satu laporan baharu daripada The Financial Times mendedahkan bahawa Arm akan memperkenalkan cip pertama yang dibangunkan sendiri pada tahun ini dengan Meta sebagai pelanggan pertamanya. Cip tersebut dikatakan sebagai CPU untuk pusat data pelayan dengan keupayaan untuk disesuaikan mengikut keperluan pelanggan.

    Langkah ini berpotensi meletakkan Arm dalam persaingan secara langsung dengan beberapa pelanggan utamanya seperti Nvidia yang menggunakan reka bentuk cip Arm untuk CPU gred pelayan mereka. Menurut sumber yang boleh dipercayai, pengeluaran sebenar cip pelayan Arm akan diserahkan kepada TSMC.

    Selain itu, Softbank yang merupakan pemegang saham majoriti Arm, kini berada dalam peringkat akhir pemerolehan firma reka bentuk cip pelayan, Ampere. Pemerolehan ini dijangka menjadi elemen penting dalam pembangunan cip pelayan baharu Arm.

    Arm nampaknya sedang berusaha untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran CPU pelayan global melalui langkah strategik ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Financial Times

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured