More

    Artis digital Malaysia berjaya jadi finalis untuk Women Creators Programme oleh Epic Games

    Seorang artis digital Malaysia telah berjaya menjadi finalis untuk program The Women Creators Programme yang dianjurkan oleh syarikat penerbit permainan video Epic Games. Zubaida Nila adalah antara 21 orang yang tersenarai untuk program tersebut daripada 178 artis digital lain dalam rantau Asia Tenggara dan India.

    Dalam fasa pertama untuk program tersebut, Zubaida telah menerima panduan mentor secara bersemuka dan menyertai bengkel oleh Epic Fames. Beliau turut diajar tentang teknik efek visual (VFX) dalam masa nyata, pencahayaan dan penerbitan maya dalam mesin maya yang didayakan oleh teknologi awan (cloud-driven virtual machines).

    Zubaida Nila

    Selepas melengkapkan fasa tersebut, beliau diberi peluang untuk menayangkan filem pendeknya “Into The Devigation”, di samping filem-filem oleh para peserta lain. Kini, beliau akan mara ke fasa kedua bersama finalis-finalis lain di mana mereka akan menerima latihan mendalam dan program mentor bersama Epic Games selama enam minggu.

    Zubaida adalah seorang artis efek visual dan penerbitan maya tempatan yang ingin meningkatkan kemahiran pencahayaan, pasca-pemprosesan dan efek visual dalam filem dan iklan menggunakan Unreal Engine 5. Dengan Women Creators Programme, beliau boleh meningkatkan kemahiran tersebut bersama pakar-pakar daripada Epic Games.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured