Amerika Syarikat telah memberi notis rasmi pada 7 Julai yang akan mengenakan tarif sebanyak 25% ke atas semua produk dieksport dari Malaysia bermula 1 Ogos 2025. Tindakan ini menyasarkan barangan teknologi seperti semikonduktor dan komponen elektronik dan disahkan dalam surat rasmi bertarikh 7 Julai.
Menurut Presiden AS, Donald Trump, kadar tarif timbal balik ini akan dikenakan ke atas Malaysia dan beberapa negara lain jika tiada perjanjian perdagangan baharu dicapai sebelum tarikh tersebut. AS memberi peluang rundingan sehingga akhir Julai untuk meminda atau membatalkan tarif jika Malaysia bersetuju membuka pasaran atau menyelesaikan isu tertentu.


Dalam perkembangan berasingan, Trump turut mengeluarkan amaran melalui platform Truth Social bahawa mana-mana negara yang menyokong atau “menyelaraskan diri” dengan dasar anti-Amerika kumpulan BRICS akan dikenakan tambahan tarif 10%. Mesej ini dikeluarkan semasa sidang kemuncak BRICS di Rio de Janeiro pada 6 Julai.
Presiden Brazil, Lula, menyifatkan tindakan AS sebagai satu bentuk “maharaja” dan menegaskan BRICS tidak bermotifkan anti-Amerika. China dan Afrika Selatan turut membantah penggunaan tarif sebagai alat ugutan dalam hubungan antarabangsa.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






