More

    AS mungkin akan haramkan syarikat pengilangan cipset terbesar China

    Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) telah mengesahkan bahawa mereka sedang mempertimbang untuk menyenaraikan syarikat semikonduktor dari China, Semiconductor Manufacturing International Corp (SMIC) ke dalam senarai hitam oleh Jabatan Perdagangan AS. Jika ia dilakukan, ini bakal menjejaskan operasi SMIC kerana syarikat itu banyak bergantung kepada komponen daripada AS.

    Menurut sebuah kontraktor pertahanan dari AS, SOS International, SMIC mungkin terlibat dengan penghasilan infrastruktur pertahanan China dan para pengkaji universiti sedang membina projek untuk tentera China yang melibatkan teknologi oleh SMIC.

    Dalam pada itu, SMIC mengeluarkan kenyataan media di mana mereka menegaskan bahawa produk-produk mereka hanyalah untuk kegunaan orang awam dan komersial. SMIC turut mengatakan mereka langsung tidak mempunyai hubungan dengan tentera China.

    Ini adalah perkembangan terbaru dalam perang dagangan AS-China yang melibatkan industri teknologi, selepas arahan eksekutif untuk mengharamkan TikTok. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Engadget

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...