More

    Ask.com tamat operasi sepenuhnya bermula 1 Mei 2026

    Laman carian Ask.com disahkan telah menghentikan operasi sepenuhnya bermula 1 Mei 2026 yang menutup satu lagi bab dalam sejarah enjin carian internet. Platform tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai Ask Jeeves pernah menjadi antara pemain utama dalam industri carian dengan pendekatan unik berasaskan soalan terus daripada pengguna.

    Namun, persaingan sengit daripada Google menyebabkan Ask.com semakin kehilangan relevansi. Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, fungsinya telah dikurangkan secara berperingkat sebelum akhirnya dihentikan sepenuhnya.

    Sebelum penutupan, laman tersebut tidak lagi beroperasi sebagai enjin carian penuh, sebaliknya bertukar kepada platform kandungan dan agregator artikel. Penutupan ini menandakan berakhirnya satu jenama yang pernah mendefinisikan cara awal pengguna berinteraksi dengan internet khususnya melalui konsep carian berasaskan pertanyaan semula jadi.

    Dengan pengumuman ini, Ask.com secara rasmi keluar daripada landskap enjin carian global yang kini didominasi pemain besar seperti Google. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Ask.com

     

    Artikel Terkini

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured