More

    Aspire 3 dan Aspire 5 dilancar di Malaysia: Intel Core 12th Gen, RAM 18GB dan SSD 1TB bermula RM2,499

    Sempena Acer Day 2022 pada hari ini, Acer telah melancarkan beberapa produk termasuk Aspire 3 dan Aspire 5 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua komputer riba ini dapat memenuhi keperluan harian dan pekerjaan untuk pelajar dan keluarga. 

    Siri Acer Aspire dikuasai oleh cipset Intel Core generasi ke-12 memberikan prestasi teknologi terkini kepada pelajar dan keluarga. Acer Aspire 5 dan Aspire 3 berukuran 15.6-inci dilengkapi dengan RAM 8GB, SSD 1TB serta slot tambahan untuk RAM dan memori HDD selain penambahan storan.

    Acer Aspire 5 hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX550 yang meningkatkan kelajuan prestasi grafik sesuai untuk penggunaan dalam penyuntingan gambar dan video. Ia juga mempunyai port USB-C yang menyokong Thunderbolt 4 membolehkan pengguna menyambung dua paparan 4K untuk tugasan serentak. 

    Kedua-dua komputer riba ini menampilkan rekaan engsel yang boleh mengangkat chasis komputer riba dan menyerongkan papan kekunci mengikut sudut yang selesa untuk menaip, audio dan pengudaraan yang lebih baik. 

    Ia mempunyai pilihan warna hijau willow di mana Aspire 3 dijual pada harga bermula RM2,499 manakala Acer Aspire 5 bermula pada RM2,599. Anda boleh dapatkan kedua-dua peranti ini di Acer eStore, Shopee, Lazada dan penjual semula Acer yang sah. 

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...