More

    Astro bakal tayangkan semua perlawanan Liga Malaysia dalam HD, UHD secara percuma!

    Liga Malaysia musim baharu 2024/25 yang membawakan sebanyak 219 perlawanan bakal ditayangkan secara Definisi Tinggi (HD) di Astro bermula 10 Mei ini. Menariknya, pelanggan Astro juga dapat menikmati akses percuma semua perlawanan siaran langsung Liga Malaysia di Arena Bola (Saluran 803 & 804) dan Astro Arena (Saluran 801 & 802) atau Astro GO.

    Astro Arena akan menayangkan 10 perlawanan pilihan dalam Definisi Ultra-Tinggi (UHD) dan kualiti audio dalam Dolby Atmos termasuklah perlawanan akhir untuk Piala FA dan juga Piala Malaysia. Selain itu, untuk musim ini juga terdapat penambahbaikan untuk analisis komprehensif bagi meningkatkan lagi kandungan eksklusif.

    Bermula seawal musim, peminat berpeluang untuk menyertai Ultimate Super Liga Fantasy dan Sooka Score Predictor yang julung kali akan diadakan pada musim ini. Peminat boleh menikmati pengalaman hebat ini dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM45,000. Selain itu, 3,000 tiket turut akan diberikan kepada peminat bertuah untuk sepanjang musim ini.

    Kepada yang berminat untuk menonoton semua perlawanan Liga Malaysia, anda boleh memilih platform seperti sooka dan NJOI di mana kedua-dua pelan langganan adalah bebas kontrak dan tanpa komitmen. Akhir sekali, terdapat potongan sebanyak 30% untuk pelanggan baharu Astro dengan harga langganan sebulan RM41.99.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan untuk melanggan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured