More

    Astro fibre dilancar, tawarkan internet 800Mbps dan pakej hiburan bermula RM129

    Hari ini, Astro melancarkan jalur lebar Astro Fibre yang disertakan bersama dengan pakej kandungan TV untuk mengatasi internet perlahan dan ‘zon hilang’ WiFi yang dialami oleh beberapa pengguna. Usaha ini selaras dengan matlamat syarikat untuk menyampaikan pengalaman hiburan dan jalur lebar yang terbaik di pasaran melalui Astro Box, Astro GO dan perkhidmatan penstriman global seperti Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI dan TVBAnywhere+.

    Astro Fibre dan kandungan TV bundles menawarkan jalur lebar berkelajuan tinggi 50 Mbps, 100 Mbps, 500 Mbps dan 800Mbps dengan WiFi 6 certified router yang mempunyai ketersambungan dipertingkatkan. Dengan langganan peranti jaringan mesh yang fleksibel, pelanggan kini boleh meluaskan isyarat WiFi mereka yang lemah tanpa terikat dengan mana-mana kontrak peranti mesh. 

    Pelanggan juga boleh menggabungkan pelan kelajuan internet dengan mana-mana pek TV dengan rebat bundle sehingga RM39.00 setiap bulan. Tujuh pakej TV Astro yang ditawarkan termasuklah Pek Primary, Pek Entertainment, Pek Sports, Pek Movies, Pek Entertainment Plus, Pek Premium dan Pek Platinum. 

    Syarikat ingin menyampaikan pengalaman perkhidmatan lancar bermula dengan penilaian Peta Haba WiFi oleh pemasang berpengalaman untuk memastikan WiFi disediakan dengan betul pada kali pertama. 

    Sempena pelancaran ini, Astro Fibre akan digabungkan dengan pakej kandungan bermula dengan Pek Jimat Kencang RM129 terbaharu yang merangkumi 50Mbps, Pek Primary mengandungi lebih daripada 85 saluran dan percuma Mesh WiFi selama 12 bulan pada harga RM129.99. 

    Anda boleh mendaftar sekarang di astrofibre.com.my atau hubungi 03-7481 3000. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...