More

    Astro Fibre kini di Sabah, nikmati rebat sehingga RM39 sebulan untuk pakej TV + Astro Fibre

    Kerjasama antara Astro dan Celcom Timur (Sabah) Sdn. Bhd. bermula hari ini dengan menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada 118,000 potensi rumah di seluruh bandar seperti Kota Kinabalu, Tawau, Semporna, Kunak, Sandakan, Penampang, Lahad Datu, Beaufort, Keningau, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Putatan, Ranau, Tenom dan Tuaran. 

    Pek Primary dengan pelan Astro Fibre 50Mbps disediakan untuk rakyat Sabah dengan hanya RM129.99/bulan (RRP: RM158.99) sebagai tawaran pengenalan. Pek ini mempunyai lebih 80 saluran untuk menawarkan rancangan-rancangan popular termasuk Hijrah Jannah, Big Stage 5, racncangan Family Feud Malaysia Tamil dan banyak lagi.

    Selain itu, pelan Astro Fibre 50 Mbps memberikan WiFi yang stabil dan pantas supaya mereka boleh melayari Internet, bermain game dan menstrim tanpa gangguan. Di samping itu, terdapat pakej bundle dengan dua aplikasi percuma seperti di bawah:

    • Astro GO: Aplikasi komplimentari percuma untuk semua pelanggan Astro ini membolehkan anda menonton kesemua kandungan Video-On-Demand pada telefon pintar, tablet atau komputer riba.
    • Aplikasi Astro Fibre – Semua pelanggan baharu Astro Fibre boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma dan mula mengawal, memantau dan melindungi rangkaian rumah daripada peranti mudah alih di luar rumah mereka untuk pengalaman WiFi yang hebat. 

    Peminat sukan dan peminat filem juga boleh melanggan Pek Movies atau Pek Sports dengan Astro Fibre 50 Mbps untuk menstrim semua sukan secara langsung atau filem popular. Pelanggan yang memilih Plug & Play juga boleh menikmati Astro serta-merta dengan pemasangan sendiri yang mudah dan penstriman melalui internet untuk menonton Astro tanpa sebarang gangguan cuaca.

    Maklumat lengkap mengenai tawaran terhad adalah seperti berikut:

    Pek TV + Pakej Astro FibreHarga AsalHarga PromosiPenjimatan
    Pek Primary + 50 MbpsRM158.99/sebulanRM129.99/sebulanRM29/sebulan
    Pek Sports + 50 MbpsRM198.99/sebulanRM159.99/sebulanRM39/sebulan
    Pek Movies + 50 MbpsRM193.99/sebulanRM154.99/sebulanRM39/sebulan

    Para pelanggan yang berminat boleh melayari www.astro.com.my untuk melanggan Pek Primary, Sports atau Movies kami + pakej Astro Fibre 50 Mbps. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...