More

    Astro Go dan On-Demand pulih semula selepas hampir 9 jam tergendala

    Perkhidmatan Astro iaitu Astro Go dan On-Demand tergendala kerana masalah teknikal yang berlaku semalam. Bagaimanapun, nampaknya kedua-dua perkhidmatan itu kini dipulihkan sebelum jam 9 pagi ini. Jika anda memiliki salah satu daripaa perkhidmatan ini, anda boleh menyemak sama ada perkhidmatan tersebut sudah kembali pulih atau hidupkan semula peranti.

    Pengguna Astro kecewa dan membuat aduan mereka dalam talian di kedua-dua halaman media sosial Facebook dan Twitter Astro. Menurut seorang pengguna, isu teknikal bermula pada jam 6 petang. Selain Astro dan On-Demand, aplikasi Astro TV juga tidak berfungsi.

    Ini bukan kali pertama pengguna Astro mengalaminya. Malah, yang terbaharu berlaku pada tahun lepas pada Jun 2021 di mana semua perkhidmatan saluran di Astro Box berkurangan. Bagaimanapun, maklumkan kepada kami jika Astro Go dan On-Demand anda kembali dalam talian.

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured