More

    Astro kini tawarkan langganan Prime Video untuk peranti Ultra dan Ulti Box

    Pelanggan Astro kini boleh menikmati lebih banyak hiburan apabila aplikasi Amazon Prime Video mula tersedia untuk peranti Ultra dan Ulti Box. Kolaborasi antara Astro dan Amazon ini memberikan akses percuma selama dua bulan kepada pelanggan bermula 24 April hingga 23 Jun 2025.

    Dengan integrasi baharu ini, pelanggan boleh menonton kandungan popular seperti The Boys, Reacher, Marry My Husband serta filem tempatan seperti Budak Flat dan Kayangan semuanya dalam satu platform. Untuk menikmati tawaran ini, pelanggan hanya perlu tekan butang “Home” pada alat kawalan Astro, pilih aplikasi Prime Video dan ikut arahan di skrin untuk sambungan akaun.

    Astro juga memberi fleksibiliti untuk menambah lebih 13 aplikasi penstriman lain seperti Netflix, Disney+ Hotstar, Viu dan banyak lagi. Semua boleh diuruskan melalui aplikasi My Astro. Pakej langganan Astro One bermula dari RM49.99 sebulan manakala naik taraf dengan Astro Fibre 500Mbps dan pek hiburan tersedia dari RM139.99 sebulan.

    Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Astro. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat perkhidmatan terbaharu yang ditawarkan oleh Astro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...