More

    Astro lancar Kempen ‘Astro’s Big Thank You’ dengan 17 saluran percuma dan banyak lagi

    Astro yang peneraju hiburan di Malaysia kini melancarkan kempen Astro’s Big Thank You sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan mereka. Kempen ini menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti 17 saluran tambahan percuma, naik taraf Ultra dan Ulti box tanpa sebarang kos tambahan serta penebusan filem Astro First secara percuma.

    Pelanggan juga boleh menikmati saluran ‘Home of Kids’ (Saluran 100) secara percuma sepanjang bulan Disember 2024 yang menampilkan kandungan hiburan kanak-kanak dari saluran seperti Astro Ceria, Nickelodeon dan DreamWorks. Kempen ini bertujuan memberikan pengalaman hiburan terbaik untuk seluruh keluarga terutamanya sempena cuti sekolah.

    Selain itu, Astro turut memperkenalkan tawaran JUALAN JIMAT BESAR di mana pelanggan boleh menikmati harga serendah RM41.99/sebulan untuk langganan Astro baru dengan pemasangan percuma. Tawaran ini juga termasuk Astro Fibre 500Mbps dengan hanya RM149.99/sebulan.

    Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran ini, pelanggan boleh log masuk ke My Astro App atau layari laman rasmi Astro. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tawaran menarik daripada Astro ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...