More

    Astro lancarkan aplikasi Disney+ Hotstar untuk Ulti Box, bermula RM59 sebulan

    Bagi meluaskan tawaran kandungan dalam platformnya, perkhidmatan penyiaran Astro telah memperkenalkan aplikasi Disney+ Hotstar dalam Ulti Box. Para pelanggan Ulti Box kini boleh menonton hiburan dalam saluran tempatan serta aplikasi Disney+ Hotstar tanpa perlu meninggalkan antara muka (UI) Astro.

    Untuk mengakses Disney+ Hotstar, anda hanya perlu menekan “Home” dalam alat kawalan jauh, buka menu “Apps”, pilih “Disney+ Hotstar” dan ikuti langkah yang tertera pada skrin. Memandangkan aplikasi Disney+ Hotstar masih tidak ditawarkan dalam kebanyakan televisyen pintar, ini adalah perkhidmatan yang menarik untuk pelanggan Ulti Box.

    Disney+ Hotstar adalah perkhidmatan strim yang terbaru untuk ditawarkan dalam Ulti Box, selepas Netflix diperkenalkan pada bulan Mac lalu.

    Astro Ulti Box adalah sebuah platform penstriman yang membenarkan anda untuk menonton sehingga 90,000 program televisyen kegemaran anda tanpa gangguan. Anda juga boleh jeda, undur atau mundar laju (pause, rewind, fast-forward) sewaktu menonton siaran langsung.

    Untuk nilai yang lebih tinggi, anda boleh melanggan kepada perkhidmatan internet Astro Fibre dan dapatkan naik taraf percuma untuk kelajuan internet yang lebih pantas selama enam bulan. Ini adalah sebahagian daripada kempen Astro WiFi Lagi Kencang dan layak diterima oleh pelanggan pakej 50Mbps, 100Mbps atau 500Mbps.

    Layari laman web Astro untuk maklumat lanjut mengenai Disney+ Hotstar dalam Ulti Box dan ia boleh dilanggan pada harga bermula RM59 sebulan. Beritahu kami di Facebook jika anda akan melanggan kepada perkhidmatan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured