More

    Astro tawarkan jalur lebar serendah RM60/bulan untuk pelanggan sedia ada

    Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa para pelanggannya kini boleh menambah Astro Fibre ke langganan Pay TV dengan bayaran serendah RM60/bulan untuk 50Mbps atau RM90/bulan untuk 100Mbps. Promosi ini menjimatkan lebih RM900 untuk semua pelan kelajuan daripada 50Mbps hingga 800Mbps.

    Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Astro untuk memberi nilai yang lebih baik demi menyokong para pelanggan yang setia. Butiran penuh tawaran ini adalah seperti berikut:

    Bagi pelanggan Astro Fibre, semua langganan disertakan dengan penghala WiFi 6 terkini dan para pelanggan boleh memuat turun aplikasi Astro Fibre dengan ciri-ciri yang boleh mengawal penggunaan internet semua pengguna, memantau prestasi rangkaian serta mengurus akses WiFi.

    Pelanggan baharu Astro boleh berjimat lebih RM600 dengan memilih Pek Sports atau Movies beserta sebarang kelajuan jalur lebar bermula hanya RM164.99/sebulan. Sebagai alternatif, mereka juga boleh memilih pakej Pek Primary + Astro Fibre 50Mbps pada harga RM139.99/sebulan.

    Pek ini juga disertakan dengan akses percuma kepada aplikasi-aplikasi penstriman terpilih seperti Disney+ Hotstar, HBO GO, beIN SPORTS CONNECT dan Astro GO. Untuk maklumat lanjut mengenai Astro Fibre, sila klik di sini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured