More

    Astro Ultra Plug & Play Box dilancar: Tonton siaran Astro tanpa piring satelit bermula RM39 sebulan

    Astro Malaysia hari ini telah melancarkan produk Ultra Plug & Play iaitu perkhidmatan siaran yang tidak bergantung kepada pemasangan piring satelit di luar rumah. Pelanggan boleh membeli set kotak Ultra Plug & Play dan dipasangkan sendiri dalam rumah.

    Pemasangan sendiri ini diperkenalkan untuk mengurangkan interaksi di antara pelanggan dengan pemasang Astro bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19. Ultra Box ini menawarkan fungsi Rakaman Awan (Cloud Recording) dan Play From Start yang boleh diaktifkan sebaik sahaja ia dihubungkan ke internet.

    Pelanggan boleh menonton pelbagai program pada resolusi 4K UHD, termasuklah temasya Sukan Olimpik 2020, Liga Perdana Inggeris, drama tempatan Love Elsa, drama Korea The Devil Judge dan banyak lagi.

    Pelanggan Astro yang baru boleh melanggan kepada perkhidmatan ini pada harga RM39 jika anda melanggan kepada pelan berharga RM100 sebulan dan ke atas. Jika pelanggan baru itu melanggan kepada pelan bawah RM100 sebulan, harga Ultra Box adalah RM59.

    Buat pelanggan Astro sedia ada yang sudah pun melanggan kepada Monthly Pack Subscription Fee sekurang-kurangnya RM100 sebulan, mereka boleh dapatkan Ultra Box secara percuma. Untuk pelanggan sedia ada yang melanggan dengan pelan bawah RM100 sebulan pula, mereka boleh membeli Ultra Box dengan harga RM49.

    Layari laman web Astro untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured