More

    Astro umum empat saluran baharu buat pelanggan Astro One

    Astro akan memperkenalkan empat saluran baharu bagi pelanggan Pek Movies dan Pek Epic Astro One bermula 1 Mac 2026 sebagai sebahagian pembaharuan kandungan di bawah platform Astro One. Tiga saluran akan dilancarkan pada 1 Mac 2026 iaitu Astro Showtime (saluran 411), Rock Action (saluran 414) dan Rock X Stream (saluran 415).

    Satu lagi saluran Astro FAM Time (saluran 412) akan menyusul pada 1 April 2026. Astro Showtime akan menampilkan filem Hollywood dan antarabangsa, Rock Action memberi tumpuan kepada filem aksi manakala Rock X Stream menghimpunkan siri premium dan kandungan penstriman berprofil tinggi.

    Astro FAM Time pula memfokuskan kandungan mesra keluarga untuk tontonan semua peringkat umur. Pelancaran saluran baharu ini hadir seiring perubahan kerjasama antara Astro dan Warner Bros. Discovery yang menyaksikan kandungan HBO tidak lagi disiarkan melalui saluran linear di Astro.

    Bermula 1 Mac 2026, saluran HBO HD, Cinemax HD, HBO Family dan HBO Hits akan dihentikan. Sebagai pengganti, pelanggan boleh melanggan HBO Max sebagai tambahan langganan melalui Astro bermula RM24.90 sebulan untuk akses kepada kandungan HBO Originals, filem dan siri eksklusif tanpa menjejaskan pelanggan HBO Max sedia ada.

    Pelanggan Pek Movies dan Pek Epic Astro One akan terus menerima akses kepada aplikasi penstriman seperti Prime Video dan Disney+ tanpa caj tambahan selain saluran HITS Movies HD (saluran 401) dan Astro Showcase (saluran 413). Empat saluran baharu ini ditawarkan dalam Pek Epic Astro One berharga RM199.99 sebulan manakala pakej Astro One bermula RM49.99 sebulan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured