More

    ASUS lancar ExpertBook PM3 dan ExpertCenter P500 di Malaysia, harga bermula RM3,449

    ASUS Malaysia memperkenalkan barisan baharu komputer riba dan desktop perniagaan dengan pelancaran ExpertBook PM3 Series (PM3406 berukuran 14 inci dan PM3606 berukuran 16 inci) serta ExpertCenter P500SV.

    ExpertBook PM3 menampilkan pemproses sehingga AMD Ryzen™ AI 7 dengan kuasa AI mencecah 66 TOPS, paparan sehingga 16 inci WUXGA anti-glare dan berat bermula 1.36 kg bersama bateri 70Wh. Peranti ini menyokong memori DDR5 boleh naik taraf, stor dwi-SSD dan perisian kolaborasi ASUS AI ExpertMeet serta ciri keselamatan ASUS ExpertGuardian.

    ExpertCenter P500SV pula dilengkapi sehingga Intel® Core™ i7, memori DDR5 sehingga 64GB dan pilihan GPU diskret. Rekaan 8.6 liter ini mudah diselenggara, senyap dengan hanya 30.8 dB dan menawarkan sambungan lengkap termasuk USB-C, HDMI serta PCIe/M.2 slots. Ia turut menerima kemas kini BIOS dan pemacu sehingga lima tahun untuk kestabilan IT.

    Kedua-dua model diuji mengikut standard ASUS Superior Durability dengan lebih 150 prosedur serta lulus 28 ujian MIL-STD-810H termasuk ketahanan suhu ekstrem, kelembapan, habuk, getaran dan jatuh tidak sengaja. Produk kini tersedia di Malaysia dengan harga bermula RM5,199 untuk ExpertBook PM3 dan RM3,449 untuk ExpertCenter P500SV.

    Pengguna juga boleh menebus ganjaran Touch ‘n Go sehingga RM2,000 bagi pembelian produk terpilih siri Expert dari 25 September hingga 24 Oktober 2025, tertakluk terma dan syarat. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...