ASUS Malaysia kini memperkenalkan produk terbaharunya yang unik dengan ASUS Fragrance Mouse. Ia merupakan tetikus komputer pertama di dunia yang hadir dengan ruang untuk meletakkan wangian terbina dalam.
Peranti ini bukan sekadar untuk produktiviti, malah memberikan sentuhan aromaterapi bagi menghasilkan suasana kerja atau permainan yang lebih menyenangkan. Pengguna boleh meletakkan wangian melalui ruang khas yang boleh diisi dengan minyak haruman pilihan pengguna.


Bersempena dengan pelancaran rasmi di Malaysia, ASUS turut mengadakan promosi masa terhad dengan pembelian 1 unit Fragrance Mouse akan disertakan dengan sebotol minyak wangi percuma. Promosi ini bermula hari ini dan akan berlangsung sehingga 20 Julai 2025, tertakluk kepada stok sedia ada.
ASUS Fragrance Mouse boleh didapati di 16 kedai ASUS terpilih di seluruh negara selain boleh dibeli secara dalam talian melalui eStore rasmi ASUS Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan promosi ini, pengguna boleh melayari laman rasmi ASUS Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






