More

    ASUS lancarkan ROG Strix SCAR dan Strix G di CES 2022

    Hari ini, ASUS Republic of Gamers (ROG) telah mengumumkan produk gaming baharu pada acara pelancaran CES 2022 ROG: The Rise of Gamers. Terdapat beberapa produk antaranya adalah ROG Strix SCAR dan Strix G.

    ROG Strix SCAR direka bentuk untuk peminat sukan yang dikuasakan oleh komponen peringkat teratas iaitu Windows 11 Pro, paparan penyegaran tinggi dan ROG Intelligent Cooling dengan Liquid Metal Conductonaut Extreme. Ia menggunakan pemproses Intel Core™ i9-12900H Generasi ke-12 dan GPU komputer riba NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti pada 150 W dengan Dynamic Boost. Suis MUX pada komputer riba memastikan storan PCIe 4.0 x4 mencepatkan masa muat dan RAM DDR5 4800 MHz menyediakan lebih memori untuk pelbagai tugas.

    Strix SCAR hadir dalam model 15-inci yang menawarkan tiga pilihan paparan tahap IPS iaitu QHD 240 Hz, FHD 300 Hz dan QHD 165 Hz. Manakala bagi paparan 17 inci tersedia pilihan QHD 240 Hz dan FHD 360 Hz. Kesemua model menyokong Dolby Vision HDR untuk visual spektrum penuh, Penyegerakan Penyesuaian (Adaptice Sync) dan masa tindak balas 3 ms memastikan pergerakan jelas untuk memudahkan gamer.

    Pad jejak yang lebih besar digunakan untuk memastikan kawalan dan pergerakan tepat bagi tetikus. Anda boleh menyesuaikan dot matriks, pencahayaan RGB dengan Aura Sync pada papan kekunci dan bar cahaya mengikut gaya anda.

    ROG Strix G15 dan G17 pula dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen™ 9 6900HX dan GPU komputer riba NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti pada 150 W dengan Dynamic Boost. G15 menawarkan paparan FHD 300 Hz dan QHD 165 Hz manakala G17 menawarkan FHD 360 Hz dan QHD 240 Hz. Kesemua model Strix G menyokong Dolby Vision serta paparan dengan masa tindak balas 3 ms dan Adaptice Sync. Strix G hadir dalam warna Eclipse Grey, Volt Green dan Electro Punk.

    Model Strix dilengkapi dengan reka bentuk quad-speaker dan bunyi spatial Dolby Atmos dengan pembatalan bunyi AI dua hala untuk menapis bunyi latar belakang ketika komunikasi. Selain itu, ia mempunyai bateri 90Wh, pengecasan USB-C 100W dan WiFi 6E dan 2.5G LAN.

    Masih terdapat banyak lagi produk yang diumumkan oleh ASUS. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...