More

    ASUS lancarkan ROG Strix SCAR dan Strix G di CES 2022

    Hari ini, ASUS Republic of Gamers (ROG) telah mengumumkan produk gaming baharu pada acara pelancaran CES 2022 ROG: The Rise of Gamers. Terdapat beberapa produk antaranya adalah ROG Strix SCAR dan Strix G.

    ROG Strix SCAR direka bentuk untuk peminat sukan yang dikuasakan oleh komponen peringkat teratas iaitu Windows 11 Pro, paparan penyegaran tinggi dan ROG Intelligent Cooling dengan Liquid Metal Conductonaut Extreme. Ia menggunakan pemproses Intel Coreâ„¢ i9-12900H Generasi ke-12 dan GPU komputer riba NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti pada 150 W dengan Dynamic Boost. Suis MUX pada komputer riba memastikan storan PCIe 4.0 x4 mencepatkan masa muat dan RAM DDR5 4800 MHz menyediakan lebih memori untuk pelbagai tugas.

    Strix SCAR hadir dalam model 15-inci yang menawarkan tiga pilihan paparan tahap IPS iaitu QHD 240 Hz, FHD 300 Hz dan QHD 165 Hz. Manakala bagi paparan 17 inci tersedia pilihan QHD 240 Hz dan FHD 360 Hz. Kesemua model menyokong Dolby Vision HDR untuk visual spektrum penuh, Penyegerakan Penyesuaian (Adaptice Sync) dan masa tindak balas 3 ms memastikan pergerakan jelas untuk memudahkan gamer.

    Pad jejak yang lebih besar digunakan untuk memastikan kawalan dan pergerakan tepat bagi tetikus. Anda boleh menyesuaikan dot matriks, pencahayaan RGB dengan Aura Sync pada papan kekunci dan bar cahaya mengikut gaya anda.

    ROG Strix G15 dan G17 pula dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzenâ„¢ 9 6900HX dan GPU komputer riba NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti pada 150 W dengan Dynamic Boost. G15 menawarkan paparan FHD 300 Hz dan QHD 165 Hz manakala G17 menawarkan FHD 360 Hz dan QHD 240 Hz. Kesemua model Strix G menyokong Dolby Vision serta paparan dengan masa tindak balas 3 ms dan Adaptice Sync. Strix G hadir dalam warna Eclipse Grey, Volt Green dan Electro Punk.

    Model Strix dilengkapi dengan reka bentuk quad-speaker dan bunyi spatial Dolby Atmos dengan pembatalan bunyi AI dua hala untuk menapis bunyi latar belakang ketika komunikasi. Selain itu, ia mempunyai bateri 90Wh, pengecasan USB-C 100W dan WiFi 6E dan 2.5G LAN.

    Masih terdapat banyak lagi produk yang diumumkan oleh ASUS. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured