More

    ASUS Malaysia kini tawarkan hadiah RM799 untuk tempahan ExpertBook Ultra!

    ASUS Malaysia secara rasmi telah memperkenalkan ASUS ExpertBook Ultra untuk pasaran Malaysia yang meletakkannya sebagai model paling premium dalam barisan laptop komersial. ExpertBook Ultra dibina untuk pengguna yang kerap bergerak dan bekerja secara jarak jauh.

    Antara fokus utama peranti ini termasuk reka bentuk ringan, binaan premium dan ciri mesra perniagaan yang disasarkan kepada golongan profesional moden. Selain itu, ia juga hadir dengan pensijilan ketahanan gred tentera sebagai sebahagian daripada usaha ASUS untuk menawarkan tahap kebolehpercayaan dan ketahanan jangka panjang.

    ASUS ExpertBook Ultra akan mula ditawarkan di Malaysia bermula Mei 2026 dengan harga permulaan RM7,999. Bersempena pelancarannya, ASUS Malaysia turut memperkenalkan kempen akses awal terhad sehingga 9 Jun 2026.

    Pelanggan yang membuat tempahan untuk ExpertBook Ultra berpeluang menerima hadiah bernilai sehingga RM799 termasuk Malaysia Airlines eGift Card bernilai RM500. Selain itu, 10 pelanggan terawal yang membuat tempahan turut akan menerima ASUS 100W USB-C GaN Charger bernilai RM299 secara percuma.

    Tempahan boleh dibuat menerusi stor rasmi ASUS serta kedai rasmi ASUS ExpertBook di platform Lazada dan Shopee. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured