More

    ASUS Malaysia lancarkan ExpertCenter D8 SFF: Produktiviti maksimum pada RM3,448

    ASUS Malaysia memperkenalkan PC desktop ASUS ExpertCenter D8 SFF (D800SDR), direka untuk perniagaan yang mencari produktiviti dan kebolehpercayaan maksimum tanpa perlu menagmbil ruang yang banyak.

    Dibina dengan pembinaan terhadap piawaian kebolehpercayaan ASUS dan US MIL-STD 810H, PC ini menjanjikan masa operasi maksimum dengan sokongan pemproses Intel Core i7 generasi ke-13 terkini dengan sokongan vPro Essentials dan TPM 2.0. Walaupun mempunyai reka bentuk berkembar 9L yang padat, ia mempunyai 11 port USB, empat slot DIMM dan empat bekas penyimpanan untuk memastikan sambungan yang lancar dan kecekapan kos.

    ASUS ExpertCenter D8 SFF memberi tumpuan kepada kebolehpercayaan yang tinggi, menggunakan kapasitor pepejal 100% untuk stabiliti dan prestasi yang konsisten dalam jangka hayat yang panjang. Kapasitor ini menyumbang kepada jangka hayat sehingga enam kali ganda lebih lama berbanding kapasitor elektrolit tradisional, mengurangkan kos pemilikan keseluruhan.

    Desktop ini mematuhi piawaian ketahanan US MIL-STD 810H yang ketat dan menjalani ujian dalaman ASUS untuk memenuhi keperluan industri. Ciri keselamatan yang ditawarkan termasuk sokongan untuk Intel vPro Essentials, TPM 2.0, slot kunci Kensington, kawalan peranti USB dan ASUS Business Manager sebagai pilihan untuk kawalan dan pengurusan jauh.

    ASUS ExpertCenter D8 SFF boleh didapati di Malaysia melalui penjual terpilih bermula daripada RM3,448 dengan jaminan tiga tahun dan set papan kekunci serta tetikus berkabel disertakan dalam setiap pembelian.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured