More

    ASUS Malaysia lancarkan komputer riba “gaming” ROG dan TUF baru, lengkap RTX 3050 bermula RM4,199

    ASUS Malaysia hari ini telah melancarkan beberapa komputer riba gaming baru dalam jenama ASUS Republic of Gamers (ROG) dan ASUS TUF yang dilengkapi pemproses sehingga Intel Core-i9 generasi ke-11 atau Ryzen 7 dan juga unit pemproses grafik (GPU) NVIDIA RTX 3000.

    Antara produk baru yang dilancar adalah ROG Zephyrus M16 yang dilengkapi pemproses Intel Core i9-11900H, GPU sehingga RTX 3070, skrin 16 inci 165Hz, storan SSD sehingga 2TB, RAM sehingga 48GB, bateri 90Wh dan enam pembesar suara. Ia akan dijual dalam pasaran Malaysia bermula bulan Jun.

    Selain itu, ASUS juga melancarkan semula beberapa model komputer riba gaming sedia ada, kali ini dengan GPU yang baru dilancar oleh NVIDIA iaitu GeForce RTX 3050 dan GeForce RTX 3050 Ti. GPU baru ini merupakan varian terendah dalam siri RTX 3000 dan menampilkan prestasi yang tinggi dengan harga yang lebih murah berbanding komputer dengan RTX 3060, 3070 atau 3080.

    Komputer riba yang akan dilengkapi GPU baru ini termasuklah:

    • ASUS TUF Gaming F15 (RTX 3050, i5-11400H, skrin 15.6 inci) bermula RM4,199
    • ASUS TUF Gaming F17 (RTX 3050, i5-11400H, skrin 17.3 inci) bermula RM4,299
    • ASUS TUF Gaming F15 (RTX 3060, i7-11800H, skrin 15.6 inci) bermula RM5,599
    • ASUS TUF Dash F15 (RTX 3050 Ti, i7-11370H, skrin 15.6 inci) bermula RM4,799
    • ROG Zephyrus G14 (RTX 1650, Ryzen 7 5800HS, skrin 14 inci) bermula RM4,799
    • ROG Zephyrus G14 (RTX 3050, Ryzen 7 5800HS, skrin 14 inci) bermula RM5,699
    • ROG Strix G15 (RTX 3050, Ryzen 5 5600H, skrin 15.6 inci) berharga RM4,199
    • ROG Strix G15 (RTX 3050, Ryzen 7 5800H, skrin 15.6 inci) berharga RM4,499
    • ROG Strix G17 (RTX 3050, Ryzen 7 5800H, skrin 17.3 inci) berharga RM4,599

    Layari laman web ASUS ROG Malaysia untuk maklumat lanjut tentang komputer baru ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured