More

    ASUS Malaysia lancarkan pelbagai komputer riba baharu dalam siri Zenbook bermula RM4,399

    Pada hari ini, ASUS Malaysia telah melancarkan beberapa model komputer riba baharu dalam jenama ASUS Zenbook untuk tahun 2022 yang menampilkan pelbagai spesifikasi canggih untuk kegunaan profesional. Berikut adalah beberapa komputer Zenbook baharu yang telah diumumkan:

    ASUS Zenbook 14X OLED Space Edition

    Komputer riba ini dibina sempena memperingati komputer riba ASUS P6300 yang telah digunakan di stesesn angkasa Mir. Zenbook 14X OLED Space Edition dilengkapi hiasan bertemakan angkasa lepas dan warna titanium Zero-G untuk penampilan yang unik.

    Satu ciri unik pada komputer ini adalah skrin luaran ZenVision 3.5 inci yang berada di belakang skrin utama, di mana ia boleh memaparkan sebarang mesej atau animasi yang disukai oleh pengguna. Komputer ini turut mempunyai standard SMC-S-016A untuk ketahanan yang lebih tinggi.

    Berikut adalah spesifikasi untuk Zenbook 14X Space Edition:

    • Skrin OLED 14 inci, nisbah aspek 16:10, resolusi 8K (2880×1800)
    • Pemproses 12th Gen Intel Core i7-12700H atau i5-12500H
    • Intel Iris Xe Graphics
    • RAM LPDDR5 16GB
    • Storan PCIe 4.0 x4 M.2 SSD berkapasiti 512GB atau 1TB
    • Sistem operasi Windows 11 Home
    • Sokong hubungan Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.2
    • Bateri 63Wh, sokong pengecasan 100W
    • Webcam 720p
    • Pembesar suara Harman Kardon, Dolby Atmos
    • Ukuran: 311 x 221 x 15.9mm, berat 1.4kg
    • Harga:

    ASUS Zenbook Pro 14 Duo LED

    Komputer riba ini mempunyai dua skrin yang terdiri daripada skrin utama OLED yang berukuran 14.5 inc dan skrin kedua ScreenPad Plus yang berukuran 12.7 inci dan boleh digunakan secara sentuh. Apabila komputer ini dibuka, engsel AAS Ultra Auto-Tilting design akan menaikkan skrin kedua secara automatik sebanyak 12 darjah.

    Skrin utamanya mempunyai pengiktirafan warna PANTONE, gamut DCI-P3 100% dan pengiktirafan TÜV Rheinland untuk penjagaan mata pengguna. Berikut adalah spesifikasi untuk Zenbook Pro 14 Duo LED:

    • Skrin utama OLED 14 inci, nisbah aspek 16:10, resolusi 2880×1800, kadar 120Hz, kecerahan puncak 550 nits, warna DCI-P3 100%, PANTONE Validated, boleh digunakan secara sentuh
    • Skrin kedua 12.7 inci, resolusi 2880×864, kadar 120Hz, kecerahan puncak 500 nits, gamut warna 100%, PANTONE Validated
    • CPU 12th Gen Intel Core i7-12700H
    • GPU NVIDIA GeForce RTX 3050Ti
    • RAM LPDDR5 16GB
    • Storan PCIe 4.0 x4 NVMe M.2 SSD 512GB
    • Sistem operasi Windows 11 Home
    • Sokong hubungan Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.2
    • Bateri 76Wh, sokong pengecasan 180W
    • Webcam FullHD dengan infra-merah, sensor ToF
    • Pembesar suara Harman Kardon, Dolby Atmos
    • Ukuran: 323.5 x 224.7 x 17.9mm, berat 1.75kg
    • Harga: RM8,999

    ASUS Zenbook Pro 16X OLED

    Komputer riba ini merupakan model andalan (flagship) untuk siri Zenbook tahun ini. Ia menampilkan spesifikasi lengkap untuk para pengguna yang menginginkan prestasi pantas untuk kerja-kerja profesional.

    Selain itu, ia dibina dengan aloi aluminium 6000 dengan ketebalan 16.9mm sahaja serta berat 2.4kg. Berikut adalah spesifikasi untuk Zenbook Pri 16X OLED:

    "
    "
    • Skrin OLED 16 inci, nisbah aspek 16:10, resolusi 4K, kadar 60Hz, sokong ASUS Pen 2.0
    • CPU 12th Gen Intel Core i7-12700H
    • GPU NVIDIA GeForce RTX 3060
    • RAM LPDDR5 16GB
    • Storan PCIe 4.0 x4 NVMe M.2 SSD 1TB
    • Sistem operasi Windows 11 Home
    • Sokong hubungan Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.2
    • Bateri 96Wh, sokong pengecasan 200W
    • Webcam FullHD dengan infra-merah
    • Pembesar suara Harman Kardon, Dolby Atmos
    • Ukuran: 355 x 252 x 16.9mm, berat 2.4kg
    • Harga: RM11,999

    ASUS Zenbook 14 OLED

    Ini adalah komputer Zenbook dengan skrin 14 inci yang sesuai untuk lebih ramai pengguna yang ingin melaksanakan tugas harian. Selain dilengkapi spesifikasi canggih, ia menampilkan rekaan ringkas dan ringan yang mempunyai pengiktirafan MIL-STD-810H.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Zenbook 14 OLED:

    • Skrin OLED 14 inci, nisbah aspek 16:10, resolusi 2.8K, kadar 90Hz
    • CPU 12th Gen Intel Core i7-1260P atau i5-1240P
    • Intel Iris Xe Graphics
    • RAM LPDDR5 16GB
    • Storan PCIe Gen4 SSD 512GB atau 1TB
    • Sistem operasi Windows 11 Home
    • Sokong hubungan Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.2
    • Bateri 75Wh, sokong pengecasan 65W
    • Webcam 720p
    • Pembesar suara Harman Kardon, Dolby Atmos
    • Ukuran: 313.6 x 220.6 x 16.9mm, berat 1.39kg
    • Harga:
    • i7-1260P, SSD 1TB: RM5,599
    • i5-1240P, SSD 512GB: RM4,399

    Layari laman web ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai semua komputer di atas. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured