More

    ASUS Malaysia lancarkan siri kad grafik GeForce RTX 3060 Ti bermula RM2,299

    ASUS hari ini telah melancarkan siri kad grafik terbaru di dalam siri NVIDIA GeForce RTX 3060 Ti GPU iaitu ROG Strix, TUF Gaming, ASUS Dual, ASUS Dual MINI dan ASUS KO GeForce RTX 3060 Ti. GPU terbaru itu dikuasai oleh seni bina NVIDIA Ampere dan NVIDIA RTX generasi ke-2 untuk menghasilkan Ray Tracing waktu nyata (real-time), kecerdasan buatan (AI), serta prestasi pantas dalam resolusi 1080p atau 1440p.

    ROG Strix GeForce RTX 3060 Ti dilengkapi pelbagai teknologi yang bertujuan untuk meningkatkan pelesapan haba daripada unit NVIDIA Ampere, dengan tiga kipas, sinki haba yang melitupi hampir keseluruhan kad tersebut serta komponen-komponen yang dibuat daripada Super Alloy Power II untuk pengurusan tenaga yang lebih cekap.

    TUF Gaming GeForce RTX 3060 Ti menampilkan komponen yang tahan lasak dan mempunyai pengiktirafan tentera. ASUS Dual Geforce RTX 3060 Ti pula dilengkapi dua kipas Axial-tech dan struktur backplate aluminium untuk struktur yang lebih kukuh serta pelesapan haba yang lebih tinggi.

    Bagi mereka yang mempunyai komputer bersaiz kecil pula, ASUS Dual GeForce RTX 3060 Ti MINI dikhaskan untuk sistem kecil dengan ukurannya sekadar 20cm panjang sahaja.

    Berikut adalah harga kad grafik ASUS RTX 3060 Ti untuk pasaran Malaysia:

    ModelHarga
    ROG Strix RTX 3060 Ti O8GRM2,649
    TUF RTX 3060 Ti O8GRM2,499
    Dual RTX 3060 Ti O8GRM2,299

    Produk GPU ASUS terbaru ini boleh dibeli bermula hari ini dan setiap kad akan disertakan bersama waranti 3+1 tahun. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured