More

    ASUS ProArt PX13 dan P16 dilancar di Malaysia: Komputer penciptaan kreatif dengan AI bermula RM9,999

    Pada hari ini, ASUS Malaysia melancarkan dua komputer riba baharu yang dikhaskan untuk kerja-kerja penciptaan kandungan kreatif iaitu ASUS ProArt P16 dan ASUS ProArt PX13. Semua komputer ini dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) Copilot+ serta perisian ASUS StoryCube dan ASUS MuseTree yang direka khas untuk mempercepatkan aliran kerja-kerja kreatif.

    Semua komputer ProArt juga akan menerima langganan percuma untuk perisian suntingan video CapCut selama enam bulan untuk fungsi-fungsi dan aset-aset premium.

    ASUS ProArt P16

    Komputer ini mempunyai rekaan ringan yang memudahkan pengguna untuk melaksanakan kerja-kerja kreatif di mana-mana dengan casis senipis 14.9mm dan berat 1.85kg sahaja. Ia dilengkapi pemproses AMD Ryzen AI 9 370 HX dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4070 untuk menghasilkan TOPS gabungan setinggi 321.

    Skrinnya berukuran 16 inci dengan panel 4K ASUS Lumina OLED yang memaparkan warna yang tepat serta menyokong input sentuh. Ia turut mempunyai RAM LPDDR5X 32GB dan storan SSD PCIe 4.0 2TB, serta sistem penyejukan Tri-Fan dengan bahan besi cecair haba (liquid metal thermal compound) untuk penggunaan yang senyap, dengan bunyi lebih rendah daripada 25dB.

    Komputer ini juga ditawarkan dengan perisian NVIDIA AI eksklusif seperti NVIDIA Broadcast, RTX Video dan ChatRTX untuk meningkatkan pengalaman visual serta melancarkan penggunaan harian.

    ASUS ProArt P16 (H7606) akan dijual pada harga RM12,999.

    ASUS ProArt PX13

    ProArt PX13 juga direka khas untuk kerja-kerja kreatif di mana-mana sahaja, dengan berat 1.38kg dan skrin 13 inci yang boleh berputar 360° pada engselnya. Skrin ini mempunyai panel 3K ASUS Lumina OLED yang memaparkan warna yang tepat dan cantik.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada pemproses AMD Ryzen AI 9 HX 370, NVIDIA GeForce RTX 4060 Laptop GPU, RAM LPDDR5X 32GB dan storan dalaman SSD PCIe 4.0 1TB. Ia boleh dihubungkan dengan rangkaian WiFi 7 untuk hubungan yang pantas, manakala sistem penyejukannya terdiri daripada dwi-kipas, empat lohong pengudaraan dan bahan haba besi cecair.

    "
    "

    ASUS ProArt PX13 (HN7306) akan dijual di Malaysia pada harga RM9,999.

    Layari laman web ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai ProArt P16 atau ProArt PX13. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana komputer di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured