More

    ASUS ROG Ally bakal dilancar untuk pasaran antarabangsa

    Pada awal bulan ini, ASUS telah mengumumkan sebuah peranti gaming mudah alih ASUS ROG Ally yang akan bersaing dengan Steam Deck. Sungguh pun begitu, mereka masih belum mengumumkan tarikh penjualan atau harga untuknya.

    Kini ASUS ROG mengesahkan bahawa peranti itu bakal dijual dalam pasaran global dan pelancaran harganya akan berlaku dalam masa yang “lebih awal daripada jangkaan”. Pelanggan di Amerika Utara boleh mendaftarkan diri dengan ASUS ROG jika mereka berminat dengan peranti tersebut.

    Tiada maklumat mengenai spesifikasi ROG Ally buat masa ini. Ia dikhabarkan bakal dilengkapi skrin berukuran 7 inci dengan resolusi 1080p dan kadar 120Hz. CPU ialah AMD Zen4 manakala untuk grafik pula ia mempunyai GPU RDNA3.

    Sebagai sebuah peranti mudah alih, ia mempunyai berat 608 gram yang lebih ringan daripada Steam Deck iaitu 669 gram. Selain itu, ROG Ally mempunyai ukuran 28.0×11.3×3.9mm.

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...