More

    ASUS ROG Ally Z1 Extreme dilancar di Malaysia: Konsol “gaming” mudah alih dengan sistem operasi Windows berharga RM3,299

    Selepas pelancarannya untuk pasaran antarabangsa pada Mei lalu, ASUS Republic of Gamers (ROG) akhirnya telah melancarkan sebuah konsol gaming PC mudah alih untuk pasaran Malaysia iaitu ROG Ally Z1 Extreme. Dengan berat 608g sahaja, ROG Ally Z1 Extreme mudah untuk dibawa ke mana-mana dan membenarkan gamers untuk bermain game PC walaupun ketika berada di luar.

    Konsol gaming mudah alih ini dilengkapi CPU AMD Ryzen Z1 Extreme, manakala GPU pula adalah AMD Radeon Graphics (AMD RDNA 3). Skrinnya berukuran 7 inci dengan panel IPS, resolusi Full HD (1920×1080), nisbah aspek 16:9, kecerahan 500 nits dan menyokong penggunaan sentuh.

    Memorinya terdiri daripada RAM LPDDR5 16GB dan storan dalaman 512GB. Untuk membesarkan lagi storan, ia turut mempunyai ruang kad microSD UHS-II. Baterinya berkapasiti 40WHr dan boleh dicas menggunakan pengecas 65W melalui port USB-C.

    Ia turut mempunyai pembesar suara stereo Smart Amp yang dihalakan ke pengguna (front-firing) dengan pengiktirafan Dolby Atmos. Sistem operasinya pula adalah Windows 11 Home.

    ROG Ally Z1 Xtreme akan dijual di Malaysia pada harga RM3,299. Jualan rasmi akan bermula pada 1 Julai 2023, namun anda sudah boleh membuat pra-tempahan bermula hari ini di laman web ASUS ROG Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan ROG Ally dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured