fbpx
More

    ASUS ROG Flow X13, siri Zephyrus dan TUF Dash F15 2022 dilancar di Malaysia, bermula RM4,699

    ASUS Malaysia hari ini telah mengumumkan barisan baharu komputer riba gaming ASUS ROG Flow X13, siri Zephyrus dan TUF DASH F15 untuk tahun 2022 yang dimuatkan dengan Windows 11 dan dikuasakan oleh cipset Intel generasi ke-12. Ketiga-tiga model dibina untuk disesuaikan dengan kegunaan bermain game.

    Barisan komputer riba gaming untuk tahun 2022 meneruskan tradisi dengan menawarkan perkakasan prestasi tinggi dan reka bentuk yang lebih baik daripada generasi sebelumnya. Ia hadir dengan butang kawalan MUX baharu yang membuka lebih banyak prestasi GPU untuk bermain game.

    ASUS TUF Dash F15

    TUF Dash F15 dilengkapi cipset Intel Core i7-12650H, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060, RAM DDR5 dan slot dwi SSD PCIe 4.0. Mematuhi standard MIL-STD-810H, model FX517 boleh bertahan dalam keadaan jatuh, getaran, suhu tinggi dan persekitaran kelembapan tinggi untuk memastikan daya tahannya.

    Ia direka dengan aluminium, bezel nipis dan badan berukuran 19.95mm. FX517 dipertingkatkan cirinya dengan pad jejak 26% lebih besar dan 80% nisbah skrin-ke-badan. Selain itu, TUF Dash F15 mempunyai paparan FHD dengan segar semula skrin 144Hz dan masa respon serendah 3ms.

    Baterinya berkapsiti 76Whr dengan sokongan pengecasan USB-C sehingga 100W. Bahagian sambungannya hadir dengan dua port USB-C (1x Thunderbolt 4 dan 1x USB 3.2 Gen2), dua slot PCIe 4.0 dan WiFi 6. Maklumat lanjut mengenai ASUS TUF Dash F15, anda boleh klik di sini.

    ROG Flow X13

    ROG Flow X13 dikuasakan oleh cipset AMD Ryzen 7 6800HS dan GPU NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti. Ia hadir dengan reka bentuk engsel 360°, pen stilus serta badan ultra-slim dan ultra-ringan. Corning Gorilla Glass melindungi skrin sentuh dengan pilihan resolusi 4K 60Hz dan 1080p 120Hz. Flow X13 dilengkapi papan kekunci penuh 1.7mm, port HDMI, USB-A dan USB-C dan antara muka XG Mobile.

    Ciri XG Mobile menawarkan prestasi grafik peringkat atas dan port I/O tambahan apabila diperlukan. Dengan penambahan GPU AMD Radeon RX 6850M XT pada XG Mobile, anda boleh menggunakannya untuk menetapkan pilihan kad grafik yang berkuasa daripada AMD dan NVIDIA. XG Mobile membawakan prestasi desktop andalan dalam bentuk mudah alih.

    Harga dan spesfifikasi bagi ROG Flow X13 adalah seperti di bawah:

    ROG Zephyrus Duo 16

    ROG Zephyrus Duo 16 2022 mencapai tahap inovasi baharu dalam komputer riba dwi-paparan. ROG’s ScreenPad Plus menambah skrin kedua dan menyokong game seperti Dying Light 2. Ia dilengkapi Windows 11 yang dikuasakan oleh cipset AMD Ryzen 9 6980HX dan NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti pada 150W.

    Selain itu, terdapat ciri Dynamic Boost dan sistem penyejukan Metal Conductonaut Extreme. Pengudaraan yang dihasilkan oleh teknologi AAS Plus 2.0 yang dihasilkan untuk skrin sekunder. Suis MUX memastikan tiada sebarang gangguan bingkai (frame) ketika bermain game. Zephyrus Duo menawarkan dua pilihan panel untuk paparan utama dan menyokong Dolby Vision.

    Harga dan spesifikasi ROG Zephyrus Duo 16 adalah seperti di bawah:

    Skrin ROG Nebula HDR mempunyai semua spesifikasi ROG mampu mencapai 1100 nits kecerahan puncak, kadar segar semula 165Hz dan VESA. DisplayHDR 1000 diperakui dengan nisbah kontras 100,000:1. Tambahan, terdapat paparan eksklusif ROG yang serba baharu dipanggil panel Dual Spec yang mampu bertukar antara 4K 120Hz dan FHD 240Hz.

    Peranti ini juga dilengkapi dengan teknologi NumberPad ROG pada pad jejak, papan kekunci dengan 1.7mm dan RGB, enam pembesar suara dengan Dwi Force-Cancelling Woofers, Dolby Atmos, Hi-Res audio, dan Pembatalan Bunyi AI.

    ROG Zephyrus G15 dan ROG Zephyrus G14

    ROG Zephyrus G14 baharu didatangkan dengan Windows 11, cipset AMD siri Ryzen 7 dan GPU AMD siri Radeon RX 6000S. Komputer riba ini juga menampilkan Suis MUX, Penyejukan Pintar ROG, RAM DDR5 dan SSD PCIe 1TB. ia tersedia dalam warna Eclipse Grey dan Moonlight White.

    G14 juga menampilkan paparan Nebula baharu ROG yang menawarkan penyegaran semula 120Hz pada resolusi QHD dengan 500 nits kecerahan puncak, liputan 100% gamut warna DCI-P3 dan 3 ms masa tindak balas.

    Terdapat juga ciri Dolby Vision, Adaptive-Sync dan Pantone. Paparan telah dikembangkan kepada 16:10 dan bezel nipis menawarkan nisbah skrin-ke-badan 91%. Zephyrus G15 dilengkapi dengan cipset AMD Ryzen 9 6900HS, NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti, suis MUX serta memori DDR5 4800Mhz dan sokongan Wi-Fi 6E.

    Anda berminat untuk memiliki salah sebuah komputer riba gaming daripada ASUS? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Anda kini boleh tukar iPhone lama anda dalam talian dengan kredit sehingga RM3,900

    Akhirnya, Apple membenarkan pertukaran iPhone lama oleh pelanggan kepada yang baru. Pada mulanya, ia hanya terdapat di negara luar dan kini, program...

    Red Magic 9 Pro+ Bumblebee Transformers Edition dilancar berharga ~RM4,252

    Nubia telah melancarkan telefon pintar Red Magic 9 Pro+ Bumblebee Transformers Edition di China selepas mendedahkan imej promosi pada beberapa hari yang...

    Dyson Airstrait kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM2,599

    Dyson memperkenalkan Dyson Airstrait, alat penggayaan rambut revolusioner yang menawarkan pelurus basah ke kering menggunakan udara, menghapuskan keperluan untuk plat panas dan...

    Siri HUAWEI P70 mungkin dilancar pada 2 April 2024

    HUAWEI bersedia untuk memperkenalkan siri HUAWEI P70 pada 2 April 2024, seperti yang ditunjukkan oleh tangkapan skrin yang tersebar di Weibo. Kebocoran...

    Siri vivo V30 5G dedahkan rahsia kesempurnaan potret dengan kelebihan Zeiss

    Dengan bangga, vivo Malaysia mempersembahkan siri vivo V30 5G yang begitu dinantikan di negara kita. Penuhi keperluan teknologi anda dengan peranti yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X