More

    ASUS ROG lancarkan komputer riba “gaming” Flow X13, Z13 dan X16, dilengkapi GeForce RTX 40 Series

    Selain melancarkan siri komputer riba baharu dalam siri Strix dan Scar, ASUS Republic of Gamers (ROG) turut melancarkan model baharu untuk komputer riba gaming 2-dalam-1 (convertibles) iaitu Flow X13, Flow Z13 dan Flow X16. Meskipun ia mempunyai reka bentuk yang lebih nipis berbanding komputer riba gaming lain, ia masih menampilkan spesifikasi canggih untuk menjana prestasi pantas.

    ROG Flow X13

    ROG Flow X13 kini mempunyai casis yang lebih nipis sebanyak 10mm berbanding generasi sebelumnya, pemproses AMD Ryzen Zen 4 dan unit pemproses grafik (GPU) NVIDIA GeForce RTX 4070. Ia turut mempunyai MUX Switch dan NVIDIA Advanced Optimus yang boleh ubah di antara grafik bersepadu (integrated graphics) dengan grafik khas (discrete graphics) bagi meningkatkan kadar bingkai dalam skrin dan memanjangkan hayat bateri.

    Komputer ini turut mempunyai besi cecair (liquid metal) untuk mengurangkan suhu CPU lebih rendah sebanyak 13°C berbanding gris haba (thermal paste) standard. Untuk memori, ia dilengkapi RAM LPDDR5 32GB yang lebih pantas sebanyak 50 peratus berbanding model tahun lepas dan menggunakan tenaga lebih rendah sebanyak 18 peratus berbanding LPDDR4.

    Skrinnya mempunyai resolusi QuadHD dengan kadar segar semula 165Hz dan engsel yang boleh diputarkan sebanyak 360°.

    ROG Flow Z13

    ROG Flow Z13 mempunyai GPU NVIDIA GeForce RTX 4060 dengan kuasa grafik keseluruhan (total graphics power, TGP) 65W, lebih tinggi sebanyak 62 peratus berbanding model tahun lepas. Skrinnya berukuran 13 inci dengan resolusi QuadHD, kadar segar semula 165Hz dan menyokong MUX Switch serta NVIDIA Advanced Optimus.

    Untuk penyejukan dalamannya, ia turut mempunyai besi cecair dan teknologi kamar wap bagi meningkatkan pelesapan haba dan mengekalkan prestasi tinggi sewaktu bermain game.

    ROG Flow X16

    ROG Flow X16 dilengkapi cipset Intel Core i9-13900H dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4070 yang menyokong MUX Switch dan NVIDIA Advanced Optimus. Skrinnya menyokong input sentuh dengan panel Nebula HDR Mini LED, kecerahan puncak 1,100 nits dan kadar segar semula 240Hz.

    Kaca skrinnya dibuat dengan teknologi Corning Gorilla Glass DXC yang meningkatkan ketahanan sebanyak 40 peratus berbanding gerasi sebelumnya, serta mengurangkan pantulan pada skrin. Ini membuatkan Flow X16 sesuai digunakan di luar bangunan dan bawah cahaya matahari terik.

    "
    "

    XG Mobile

    Untuk meningkatkan prestasi grafik, semua komputer riba ROG Flow boleh digabungkan dengan GPU luaran XG Mobile yang dilengkapi NVIDIA GeForce RTX 4090 dengan TGP 175W. XG Mobile masih mempunyai bentuk kompak yang mudah untuk dibawa ke mana-mana dan membenarkan komputer ROG Flow untuk menjana prestasi mirip komputer desktop.

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaan komputer-komputer ini di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured