More

    ASUS ROG lancarkan ROG Phone 6 MLBB M5 edisi khas di Malaysia berharga RM2,299

    Republic of Gamers (ROG) telah melancarkan ROG Phone 6 MLBB M5 edisi khas yang direka untuk peminat Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) untuk memperingati kerjasama dua tahun mereka dengan pembangun permainan MOONTON Games. ROG juga akan menjadi penaja rasmi Mobile Legends: Bang Bang M5 World Championship 2023 yang akan datang.

    Pembelian ROG Phone 6 MLBB M5 edisi khas termasuk kotak hadiah eksklusif bernilai lebih RM788 menampilkan Yu Zhong Devilcase, pemegang lencana MLBB, kain pembersih skrin MLBB dan penyejuk luaran AeroActive Cooler 6.

    Telefon ROG 6 akan dijadikan sebagai telefon kejohanan rasmi di M5 2023 demi meningkatkan pengalaman gaming untuk peminat MLBB di Malaysia. Telefon edisi khas ini bertemakan nama wira MLBB, Yu Zhong yang juga dikenali sebagai Naga Hitam.

    ROG Phone 6 MLBB M5 Edisi Khas berkongsi spesifikasi teknikal yang sama seperti ROG Phone 6, dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8+ Gen 1. Ia mempunyai RAM LPDDR5 12GB, penyejukan lanjutan, hayat bateri yang panjang dan kawalan AirTrigger 6 untuk pengalaman gaming seperti konsol.

    ROG Phone 6 MLBB M5 edisi khas berharga RM2,299 bagi RAM 12GB + storan 256GB bermula dari 12 Oktober 2023 pengedar sah ROG serta saluran dalam talian seperti ASUS eStore, Shopee dan Lazada. 500 pembeli pertama akan menerima 500 Berlian MLBB sebagai bonus tambahan.

    Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured