More

    ASUS ROG Malaysia lancarkan aksesori “gaming” dengan warna Moonlight White, bermula RM169

    ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia hari ini telah melancarkan beberapa kelengkapan dan aksesori gaming baharu dengan skim warna putih Moonlight White. Produk baru yang dilancar ini terdiri daripada papan kekunci mekanikal, tetikus dan fon kepala.

    ROG Strix Scope NX TKL Moonlight White adalah papan kekunci mekanikal yang dilengkapi kekunci (switches) ROG NX, rangka aluminium, pencahayaan Aura RGB dan mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding papan kekunci biasa. Ia dijual dalam pasaran Malaysia pada harga RM499.

    ROG Strix Impact II Moonlight White adalah tetikus gaming untuk kedua-dua belah tangan (ambidextrous) yang dilengkapi sensor 6,200 dpi untuk ketepatan tertinggi, polling rate 1,000Hz, berat 79 gram, lima butang ekstra dan pencahayaan Aura RGB. Ia dijual dalam pasaran Malaysia pada harga RM169.

    ROG Strix Go Core Moonlight White pula merupakan sebuah fon kepala dengan bicu audio 3.5mm yang boleh dihubungkan kepada pelbagai platform gaming seperti komputer, PlayStation 5, Nintendo Switch dan banyak lagi. Ia dilengkapi pemacu ASUS Essence 40mm untuk mutu bunyi yang jelas serta rekaan yang mudah dibawa ke mana-mana. Ia dijual dalam pasaran Malaysia pada harga RM339.

    Sebuah lagi produk audio, ROG Cetra II Core Moonlight White, adalah fon telinga yang dilengkapi pemacu ASUS Essence yang dibuat daripada liquid silicone rubber (LSR). Seperti fon kepala di atas, ia dilengkapi bicu 3.5mm untuk dihubungkan dengan pelbagai peranti mudah alih. Ia dijual dalam pasaran Malaysia pada harga RM239.

    Keempat-empat produk ini akan disertakan bersama jaminan selama dua tahun. Layari laman web ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut tentangnya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...