More

    ASUS ROG Phone 3 bakal dilancarkan dengan empat aksesori khas

    ASUS bakal melancarkan telefon pintar gaming ASUS ROG Phone 3 pada hari esok (22 Julai), namun hari ini kita sudah pun boleh mengetahui aksesori yang ditawarkan oleh ASUS untuk peranti flagship itu. Menurut Ishan Agarwal, ASUS ROG Phone 3 bakal dilancarkan bersama Kunai Gamepad, penyejuk AeroActive Cooler, casing Lightning Armor Case dan TwinView Dock.

    Kunai Gamepad untuk ROG Phone 3 bakal dihiasi lapisan matte serta kedudukan batang kawalan joystick dan butang yang berlainan dengan sebelum ini. Butang yang berada di tengah-tengah dalam Kunai sebelum ini telah dipindahkan ke kiri dan kanan controller, meninggalkan logo ROG di tengah-tengahnya.

    Untuk TwinView Dock, aksesori dwi-skrin ini menampilkan ciri-ciri yang sama seperti model tahun lepas, dengan skrin kedua di bahagian atas dan pemegang ROG Phone 3 di bawah. Butang fizikal boleh dilihat pada skrin kedua, manakala di pemegang telefon pula terdapat ruang pengudaraan serta bicu audio 3.5mm.

    TwinView Dock.

    Untuk penyejuk AeroActive Cooler, ia masih serupa dengan versi tahun lepas kecuali pada lohong pengudaraannya yang mempunyai rekaan berlainan dan logo ROG padanya. Ia mengekalkan port USB Type-C dan bicu audio 3.5mm di bawahnya.

    AeroActive Cooler.

    Casing Lightning Armor pula menerima rekaan baru pada tahun ini yang menyokong pencahayaaan Aura dan mempunyai lampu LED yang disusun dengan gaya 8-bit. Ia juga mempunyai potongan berbentuk segi tiga di bahagian sisi untuk membenarkan pengudaraan yang efektif walaupun apabila casing itu dipasang.

    Lightning Armor Case.

    Apakah pendapat anda tentang aksesori ASUS ROG Phone 3 ini? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Ishan Agarwal Twitter

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured