More

    ASUS ROG Phone 3 dengan cipset Snapdragon misteri, 5800mAh sah dilancarkan Julai ini

    Terkini, ASUS secara rasminya telah mengumumkan bahawa pelancaran ASUS ROG Phone 3 bakal dilangsungkan pada bulan Julai ini. Melalui berita tersebut, anda kini boleh menjangkakan pelopor seterusnya kepada ASUS ROG Phone 2 yang terdahulu.

    Sepintas lalu, ASUS ROG Phone 3 telah muncul beberapa kali di organisasi tertentu untuk kelulusan peranti. Peranti gaming ini dikhabarkan bakal dijana cipset Snapdragon yang masih belum diketahui sama ada Snapdragon 865 dengan prestasi lebih mantap atau Snapdragon 865 Plus memandangkan keputusan markah di Geekbench adalah luar biasa.

    Ia juga dilaporkan bakal dihuni bateri berkapasiti 5800mAh dan pengecas pantas 30W. Paparannya bakal memiliki ukuran 6.59 inci dengan resolusi 2340 x 1080 piksel. Menurut sumber lepas, ASUS ROG Phone 3 bakal hadir dengan varian RAM sehingga 16GB.

    Apa pun, ASUS ROG Phone 3 secara rasminya bakal dilancarkan Julai ini. Namun, kesemua spesifikasinya bukanlah berita rasmi. Anda boleh menunggu berita spesifikasi yang lebih jelas pada hari akan datang melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Adakah anda teruja? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured