More

    ASUS ROG Phone 3 muncul di Geekbench, petanda awal pelancarannya

    Terma imbas kembali kelihatannya masih tidak sesuai digunakan untuk ASUS ROG Phone 2 memandangkan kehangatannya dalam industri telefon pintar masih sensasi. Namun, sumber melaporkan bayang-bayang ASUS ROG Phone 3 kini muncul melalui proses pengesahan WiFi Alliance dan ditambah lagi dengan penyenaraiannya di Geekbench.

    ASUS ROG Phone 3 dipercayai berselindung di sebalik nombor model I003D memalui pengesahan kelulusan WiFi dan Geekbench. Jika anda tertanya-tanya apakah bukti untuk mempercayai dakwaan ini, ROG Phone 2 terdahulu menggunakan nombor model lebih kurang sama, I001D. Apa pun, semua ini adalah jangkaan semata-mata. Kita masih perlu menunggu berita yang lebih jelas adakah benar ini merupakan ASUS ROG Phone 3 seperti yang didakwa.

    Geekbench
    WiFi Alliance

    Melalui GeekBench, peranti ini mungkin bakal hadir dengan RAM 8GB. Untuk spesifikasinya yang lain, anda mungkin boleh menjangkakan khabar angin yang akan tiba seusai berita ini. Bersediakah anda untuk menerima sebuah lagi peranti gaming yang diminati ramai? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured