More

    ASUS ROG Phone 5 kali ini hadir dalam warna putih juga, bakal dilancar malam ini

    Sebelum ini, telefon gaming ASUS ROG Phone 5 lebih sinonim dengan imej peranti berwarna hitam dan kombinasi warna merah. Terkini, pendedah dan pengulas teknologi terkenal mendedahkan bahawa ASUS ROG Phone 5 boleh didapati dalam pilihan warna putih.

    Sepintas lalu, peranti gaming dengan Snapdragon 888, bateri 6000mAh dan RAM sehingga 18GB ini bakal dilancar secara global pada 10 Mac 2021, jam 7 malam (waktu Malaysia). Jadi, anda boleh mengesahkan sendiri kehadiran ASUS ROG Phone 5 melalui acara pelancarannya pada malam ini.

    Melihat kepada gambar ASUS ROG Phone 5 berwarna putih, ia hadir dengan kombinasi warna biru pada logo termasuklah butang di sebelah sisi peranti. Namun, modul kamera masih lagi berwarna hitam dan masih terdapat pilihan warna hitam untuk ASUS ROG Phone 5 seperti gambar di bawah.

    Anda boleh membaca jangkaan spesifikasi di pautan ini.

    Apa pun, kami tidak pasti sama ada pilihan warna putih ini bakal tersedia di pasaran Malaysia atau tidak. Apakah warna pilihan anda? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan ikuti berita pelancarannya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: Ishan Agarwal

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured