More

    ASUS ROG Zephyrus G14 Alan Walker dilancar di Malaysia: RTX 3050Ti, Ryzen R9 berharga RM7,999

    ASUS Republic of Gamers (ROG) hari ini telah melancarkan komputer riba gaming terbaru iaitu ROG Zephyrus G14 Alan Walker Special Edition yang dibina khas bersama bintang DJ terkenal Alan Walker. Selain dilengkapi spesifikasi canggih, komputer ini turut dilengkapi perisian ROG Remix Sampler di mana pengguna boleh menghasilkan lagu elektronik mereka sendiri.

    Kotak komputer ini yang telah direka khas agar ia boleh dihubungkan dengan Zephyrus G14 melalui kabel USB-C untuk dijadikan alat DJ ROG Remix Sampler, kemudian pengguna boleh bereksperiman dengan 18 efek bunyi elektronik yang dicipta oleh Alan Walker. Apabila ROG Remix dibuka, komputer ini akan memaparkan animasi dan pencahayaan khas pada panel lampu LED AniMe Matrix.

    Rekaan komputer ini juga dihiasi khas dengan unsur-unsur Alan Walker, seperti plat nama, tandatangan Alan Walker, warna Spectre Blue dengan lampu LED AniMe Matrix, animasi boot, latar belakang (wallpaper), touchpad kaca dan papan kekunci khas serta banyak lagi. Pelanggan juga akan menerima topi baseball dan sepasang stokin khas ROG sebagai aksesori tambahan.

    Daripada segi spesifikasi, komputer ini dilengkapi cipset AMD Ryzen R9-5900HS, NVIDIA GeForce RTX 3050Ti, RAM 16GB, storan SSD 1TB dan skrin IPS berukuran 14 inci dengan resolusi QHD (2560×1440), kadar segar semula 120Hz dan gamut warna DCI-P3 100%.

    [Kemas kini, 8 September 2021]: Komputer riba edisi khas ini akan dijual pada harga RM7,999. Layari laman web ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut tentang komputer ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured