More

    ASUS Strix G15 & G17 Advantage Edition dilancar: Komputer riba “gaming” dengan GPU & CPU AMD

    ASUS Republic of Gamers (ROG) telah melancarkan komputer riba gaming baharu iaitu ROG Strix G15 dan G17 Advantage Edition, komputer riba pertama dalam dunia yang dilengkapi CPU dan GPU oleh AMD. Ia akan dilengkapi CPU AMD Ryzen 9 5900HZ dan GPU AMD Radeon RX 6800M untuk menjana prestasi gaming yang antara terpantas dalam pasaran sekarang.

    Faedah paling penting dengan gabungan CPU dan GPU oleh AMD adalah teknologi FreeSync Premium yang membenarkan komputer untuk memberikan lebih banyak tenaga kepada CPU atau GPU, bergantung kepada situasi. Komputer ini akan ditawarkan dalam dua jenis skrin iaitu skrin Full HD 300Hz / 3ms atau skrin WQHD 165Hz / 3ms.

    GPU Radeon RX 6800M merupakan unit pemproses grafik komputer riba yang paling canggih oleh AMD pada waktu ini, dengan binaan AMD RDNA 2 yang membenarkan penghasilan ray tracing dan efek khas dengan lebih teliti. CPU Ryzen 9 5900HX pula adalah pemproses lapan teras tercanggih oleh AMD untuk komputer riba, dibuat menggunakan proses 7nm dan beroperasi pada kadar 90W.

    Komputer ini akan ditawarkan dengan RAM DDR4-3200 sehingga 32GB, storan SSD NVMe 1TB dan teknologi penyejukan ROG Intelligent Cooling. Unit pemproses dalam komputer ini akan dilengkapkan dengan besi cecair (liquid metal) dan dua kipas Arc Flow untuk meningkatkan pengaliran haba dan mengurangkan suhu sehingga 14°C.

    Daripada segi luaran, ia mempunyai rekaan yang sama dengan ASUS ROG Strix G15 dan G17 yang telah dilancar pada bulan Januari 2021, termasuklah dengan hiasan Customisable Armor Cap dan pencahayaan RGB Aura Sync. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured