More

    ASUS TUF Gaming A16 2024 rasmi di Malaysia dengan AMD Ryzen AI 9, RTX 4060 GPU berharga RM7,799

    Hari ini, ASUS Malaysia secara rasmi telah mengumumkan pelancaran TUF Gaming A16 (2024) (nombor model FA608W-VQT036W). Komputer riba permainan ini dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI 9 HX370, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4060 dengan prestasi #AI TOPs sehingga 314.

    Ia juga mempunyai paparan IPS 16 inci dengan nisbah bidang 16:10 dan bezel nipis yang menghasilkan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90%. Selain itu, TUF Gaming A16 turut menampilkan pengecasan USB-C PD bersama bateri 90Wh.

    Papan kekunci mempunyai jarak dalam 1.7mm dan daripada segi port I/O, komputer riba ini mempunyai port USB-C 3.0 dan USB-C 4. Sokongan G-SYNC, Dolby Atmos dan Audio Hi-Res turut disepadukan. TUF Gaming A16 (2024) dijual dengan harga rasmi RM7,799. 

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai komputer riba permainan ini, anda boleh melawat laman rasmi ASUS Malaysia di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan ASUS TUF Gaming A16 2024 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured